Kumpulan Pantun
37 Pantun Cinta Melayu, Rayuan Klasik yang Manis dan Mengena di Hati
Berikut ini kumpulan pantun cinta Melayu, berisi rayuan manis nan romantis buat pasangan, bisa juga jadi bahan untuk dekati gebetan.
Penulis: Maharani Devitasari | Editor: Cornel Dimas Satrio
TRIBUNKALTARA.COM - Pantun Melayu memiliki ciri khas unik yang tidak ada di pantun lain seperti pada penggunaan kosakata bahasa Melayu, Tuan dan Puan atau Kakanda dan Adinda.
Tak hanya itu, rima tengah dan rima akhir pada setiap baris juga disusun dengan cermat agar terkesan indah saat didengar.
Pantun Melayu ini tak lepas dari wilayah yang memakai bahasa Melayu yang mencakup daerah Sumatera, Malaysia, dan pulau-pulau sekitarnya.
Dalam artikel berikut, tersaji kumpulan pantun Melayu dengan tema cinta.
Deretan pantun Melayu mengandung kata-kata romantis ini bisa bikin pasangan baper.
Baca juga: 27 Pantun Kesehatan Mental, Rawat Pikiran dan Sayangi Diri Sendiri, Bagikan
Simak kumpulan pantun cinta Melayu berisi rayuan manis berikut ini, dihimpun oleh TribunKaltara.com dari berbagai sumber.
1. Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan.
2. Indah nian cahaya rembulan
Menyinar terang di malam hari
Cinta sejati tiada luput zaman
Tertulis kukuh di dalam hati.
3. Layang-layang terbang ke awan
Putus talinya jatuh ke bumi
Cinta di hati bukan mainan
Ikhlas datang dari sanubari.
4. Kalau dedak katakan dedak
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau hendak katakan hendak
Tidak aku ternanti-nanti.
5. Lipat baju lipatnya kain
Bawa belayar tanah seberang
Hati tiada pada yang lain
Hati ingat abang seorang.
6. Buah rambutan masaknya ranum
Hendak ditaruh bulan puasa
Abang lalu adik tersenyum
Hendak bertanya belum biasa.
7. Rumah batu pintu ke laut
Indah terbina di pinggir jalan
Kerana senyum banyak terpaut
Ingin hati hendak berkenalan.
Baca juga: 35 Pantun tentang Sabar, Pengingat Lembut Saat Jiwa Dipenuhi Emosi, Bagikan
8. Intan baiduri di dalam puan
Gelang suasa dalam raga
Bila ku pandang wajahmu tuan
Bagai terpandang pintu syurga.
9. Limau manis merah masaknya
Terlindung pula di balik dahan
Sungguh manis nampak wajahnya
Tak nampak sehari rasa sebulan.
10. Dari pauh permatang layang
Singgah berapat papan kemudi
Dari Jauh abang datang
Mengenang adik baik budi.
11. Kalau tahu peria itu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta itu sakit
Tidak ku mulai dari semula.
12. Kalau tuan pergi ke laut
Bawakan saya ketam betina
Kalau tuan menjadi rambut
Saya menjadi sekuntum bunga.
13. Banyak terbang si burung camar
Di pokok ara singgah menanti
Banyak orang datang melamar
Hanya abang aku menanti.
14. Petir guruh berselang-selang
Kilat menyambar si dahan jati
Cantik sungguh tuan dipandang
Tidak tertahan asyik di hati.
15. Pasir putih Pasir Linggi
Tempat abang bermain bayang
Adik putih mahligai hati
Di situ tempat abang sayang.
16. Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain mata
Kalau tidak dengan sungguhnya.
17. Kalau tuan pergi ke hulu
Petikkan saya bunga seroja
Kalau tuan mati dahulu
Tunggu saya di pintu syurga.
18. Ambil susu di pasar ikan
Susu kambing di Kali Mati
Bukan lesu tak kurang makan
Lesu sebab menahan hati.
19. Ambil puan dari merinda
Pandan di Jawa saya robohkan
Jika tuan membawa adinda
Badan dan nyawa saya serahkan.
20. Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi.
Baca juga: 30 Pantun Cinta buat Gebetan, Cara Nembak Unik Bikin Hati Meleleh, Anti Ditolak
21. Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya.
22. Anak lebah main di rawa
Ikan sepat di dalam karang
Rasanya badan tiada bernyawa
Sebelum dapat adinda sayang.
23. Arak-arak kelapa puan
Tak puan kelapa padi
Harap benar hamba ke tuan
Tak Tuan siapa lagi.
24. Kain batik koyak melintang
Tidak boleh dijahit lagi
Bila adik merajuk panjang
Tidaklah boleh dipujuk lagi.
25. Anak cina menjual kesuma
Mari menjual di Pekan Rabu
Makan tak lalu tidur tak lena
Teringat abang sepanjang waktu.
26. Pukul gendang hari Khamis
Bunga Melati dalam raga
Makin dipandang makin manis
Dalam hati menyala cinta.
27. Beribu biji nangku
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Air mata jangan dibuang.
28. Dua tiga kucing berlari
Tidak sama kucing belang
Sudah lama adik mencari
Tidak sama abang seorang.
29. Banyak itik anak itik
Turun ke sawah makan padi
Tengok cantik di pandang cantik
Tambah pula berhati budi.
30. Membeli sirih dari pekan
Mengasah kapak menuju kebun
Hati kasih kepada tuan
Sehari tak nampak rasa setahun.
31. Layang-layang bertali benang
Putus benang berganti tali
Siang malam duduk mengenang
Orang dikenang jauh sekali.
32. Pergi memancing mendapat toman
Toman lompat ke halaman
Dinda ibarat bunga di taman
Cantik sungguh jadi idaman.
33. Kalau datang kapal serati
Naik bendera separuh tiang
Kalau datang si jantung hati
Bulan mengambang ku sangka siang.
34. Kalau tuan pergi ke laut
Bawakan saya ketam betina
Kalau tuan menjadi rambut
Saya menjadi sekuntum bunga.
35. Anak Cina menjual kesuma
Mari menjual di Pekan Rabu
Makan tak lalu tidur tak lena
Teringat abang sepanjang waktu.
36. Datuk Bentara mudik ke hulu
Hajat membina sebuah kota
Walau bahaya datang bertalu
Kerana cinta ku gagah jua.
37. Cik Dayang berkain batik
Memakai tudung sutera Cina
Semakin ku pandang bertambah cantik
Makan tak kenyang tidur tak lena.
:quality(30):format(webp):focal(0.5x0.5:0.5x0.5)/kaltara/foto/bank/originals/Ilustrasi-kumpulan-pantun-10.jpg)