Kumpulan Pantun
28 Pantun Melayu yang Romantis, Bisa Dipakai untuk Memikat Si Pujaan Hati, Buktikan Sendiri
Berikut ini deretan pantun Melayu romantis yang bisa dipakai untuk memikat si pujaan hati. Buktikan sendiri.
Penulis: Titik Wahyuningsih | Editor: Cornel Dimas Satrio
10. Ambil susu di pasar ikan
Susu domba di pasar Nusa
Bukan lesu tak kurang makan
Lesu sebab menahan rasa.
Baca juga: 23 Pantun Gombal yang Romantis dan Kocak, Bikin Doi Auto Salah Tingkah, Lihat Reaksinya!
Kumpulan pantun Melayu yang romantis
11. Pasir putih Pasir Linggi
Tempat abang bermain bayang
Adik putih mahligai hati
Di situ tempat abang sayang.
12. Kalau ada cempedak di pintu
Cempedak di raga jangan dedahkan
Kalau ada cita begitu
Jiwa dan raga hamba serahkan.
13. Lipat baju lipatnya kain
Bawa belayar tanah seberang
Hati tiada pada yang lain
Hati ingat abang seorang.
14. Baru sekali menebas lalang
Kaki luka tertikam duri
Baru sekali adik dipandang
Cinta sudah melekat di hati.
15. Kain batik koyak melintang
Tidak boleh dijahit lagi
Bila adik merajuk panjang
Tidaklah boleh dipujuk lagi.
Baca juga: Kumpulan Pantun Romantis yang Cocok untuk Memikat Hati Pasangan, Auto Bikin Doi Klepek-klepek
Kumpulan pantun Melayu yang romantis
16. Cik Dayang berkain batik
Memakai tudung sutera Cina
Semakin ku pandang bertambah cantik
Makan tak kenyang tidur tak lena.
17. Banyak itik anak itik
Turun ke sawah makan padi
Tengok cantik di pandang cantik
Tambah pula berhati budi.
18. Kalau dedak katakan dedak
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau hendak katakan hendak
Tidak aku ternanti-nanti.
19. Rumah batu pintu ke laut
Indah terbina di pinggir jalan
Kerana senyum banyak terpaut
Ingin hati hendak berkenalan.
20. Kalau tuan pergi ke hulu
Petikkan saya bunga seroja
Kalau tuan mati dahulu
Tunggu saya di pintu syurga.
Baca juga: Kumpulan Pantun Ajakan Makan, Jurus Jitu Gaet Gebetan untuk Lunch atau Dinner Romantis
Kumpulan pantun Melayu yang romantis
21. Kalau tuan pergi ke laut
Bawakan saya ketam betina
Kalau tuan menjadi rambut
Saya menjadi sekuntum bunga.
Isi komentar sepenuhnya adalah tanggung jawab pengguna dan diatur dalam UU ITE.