Kumpulan Pantun

32 Pantun Melayu Romantis, Berisi Rayuan Manis untuk Pasangan yang Dijamin Bikin Salting dan Baper

Berikut ini kumpulan pantun Melayu romantis, berisi rayuan gombal manis untuk pasangan yang bisa bikin salting dan baper, yuk kirimkan sekarang!

Penulis: Maharani Devitasari | Editor: Sumarsono
iStock
Simak kumpulan pantun Melayu romantis berikut ini, sampaikan rayuan gombal untuk pasangan biar hubungan semakin langgeng. 

7. Dari pauh permatang layang
Singgah berapat papan kemudi
Dari Jauh abang datang
Mengenang adik baik budi.

8. Intan baiduri di dalam puan
Gelang suasa dalam raga
Bila ku pandang wajahmu tuan
Bagai terpandang pintu syurga.

9. Kalau tuan pergi ke laut
Bawakan saya ketam betina
Kalau tuan menjadi rambut
Saya menjadi sekuntum bunga.

10. Banyak terbang si burung camar
Di pokok ara singgah menanti
Banyak orang datang melamar
Hanya abang aku menanti.

Kumpulan pantun Melayu romantis

11. Burung serindit di dalam perahu
Bunga bayam di dalam dulang
Hati adik merasa rindu
Kerana berjauhan dengan abang.

12. Pergi memancing mendapat toman
Toman lompat ke halaman
Dinda ibarat bunga di taman
Cantik sungguh jadi idaman.

13. Anak lebah main di rawa
ikan sepat di dalam karang
Rasanya badan tiada bernyawa
Sebelum dapat adinda sayang.

14. Siang malam orang menari
Sampai remuk rasanya badan
Kukenang awak dalam mimpi
Bagai pungguk merindui bulan.

15. Itik terbang gugur bulu
Itik terbang dalam gua
Jangan adik menanggung rindu
Sampai masa bertemu juga.

Baca juga: 35 Pantun Jualan Lucu, Strategi Promosi yang Unik dan Menarik, Dijamin Bikin Calon Pembeli Tertarik

Lihat kumpulan pantun Melayu romantis untuk orang pacaran berikut, kirimkan kepada pasangan biar hatinya luluh.
Lihat kumpulan pantun Melayu romantis untuk orang pacaran berikut, kirimkan kepada pasangan biar hatinya luluh. (Freepik)

Kumpulan pantun Melayu romantis

16. Kalau benih sudah bertukar
Jarang sekali yang mahu tumbuh
Kalau kasih sudah mengakar
Lautan api akan kutempuh.

17. Besarlah betik di tepi batang
Sesudah masak berwarna kucing
Sabarlah adik menanti abang
Sumpahku tidak akan berpaling.

18. Sejak selasar menjadi bilik
Tiada lagi tempat berehat
Sejak kudengar nyanyian adik
Cinta di hati bertembah lekat.

19. Kalau roboh Lota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau dungguh bagai di kata
Badan dan nyawa hamba berikan.

Halaman
123
Rekomendasi untuk Anda
Ikuti kami di
AA

Berita Terkini

Berita Populer

© 2025 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved