Kumpulan Pantun

44 Pantun Nasihat Melayu Lama, Petuah Penuh Makna yang Bisa Jadi Pedoman untuk Menjalani Kehidupan

Baca kumpulan pantun nasihat Melayu lama berikut ini, deretan petuah penuh makna yang bisa jadi referensi penambah pengetahuan, yuk bagikan ke teman!

Freepik.com
Simak kumpulan pantun Melayu lama, sumber pengetahuan baru yang berisi nasihat dan pesan penuh makna, bagikan! 

Kumpulan pantun Melayu lama

21. Hancur-hancur daun keladi
Buat makanan sarapan pagi
Hendak dikesal tak guna lagi
Carilah lain sebagai pengganti.

22. Ikan belanak dalam tapisan
Orang membubu di Kuala Dungun
Ayuhai anak ingat pesanan
Kalau jatuh cepatlah bangun.

23. Jangan suka menganyam nyiru
Nyiru dianyam di tepi tasik
Jangan suka menanggung rindu
Rindu datang bawa penyakit.

24. Bila todak melanda Singapura
Habis dikerat dicincang lumat
Bila khianat pada manusia
Dunia akhirat takkan selamat.

25. Limau manis tiga serangkai
Taruh mari di kebun cina
Mulut manis jangan dipakai
Banyak orang sudah terkena.

Kumpulan pantun Melayu lama

26. Medang sila buahnya cantik
Jatuh menimpa ke pasu bunga
Dengan sebab nila setitik
Habis rosak susu sebelanga.

27. Menjual lidi ke Batu Bara
Menjual lokan ke Batu Pahat
Kerana dengki punya angkara
Orang baik disangka jahat.

28. Rendang sungguh pohon ara
Tumbuh subur tepi telaga
Tidak salah berkenal mesra
Tata susila perlulah dijaga.

29. Tanah baik negerinya besar
Banyak orang pergi mari
Ramah baik lagi penyabar
Banyaklah orang mesra di hati.

30. Angin bertiup kembangkan layar
Haluan menuju ke pekan
Hendaklah hidup berikhtiar
Kemudian serahkan pada Tuhan.

Kumpulan pantun Melayu lama

31. Terang bulan di malam sepi
Cahaya memancar ke pokok kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada saudara ibu dan bapa.

32. Jangan ditarik lembu garang
Kalau ditarik banyak susahnya
Jangan dirosak anak orang
Kalau rosak maut padahnya.

Halaman 3/4
Rekomendasi untuk Anda
Ikuti kami di

Berita Terkini

© 2025 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved