Rabu, 22 April 2026

Kumpulan Pantun

37 Pantun Cinta Melayu, Rayuan Klasik yang Manis dan Mengena di Hati

Berikut ini kumpulan pantun cinta Melayu, berisi rayuan manis nan romantis buat pasangan, bisa juga jadi bahan untuk dekati gebetan.

TribunKaltara.com/Chelsie-Magang
PANTUN CINTA MELAYU - Simak kumpulan pantun cinta Melayu berikut ini, berisi rayuan manis yang bisa bikin pasangan makin jatuh hati. 

8. Intan baiduri di dalam puan
Gelang suasa dalam raga
Bila ku pandang wajahmu tuan
Bagai terpandang pintu syurga.

9. Limau manis merah masaknya
Terlindung pula di balik dahan
Sungguh manis nampak wajahnya
Tak nampak sehari rasa sebulan.

10. Dari pauh permatang layang
Singgah berapat papan kemudi
Dari Jauh abang datang
Mengenang adik baik budi.

Kumpulan pantun cinta Melayu

11. Kalau tahu peria itu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta itu sakit
Tidak ku mulai dari semula.

12. Kalau tuan pergi ke laut
Bawakan saya ketam betina
Kalau tuan menjadi rambut
Saya menjadi sekuntum bunga.

13. Banyak terbang si burung camar
Di pokok ara singgah menanti
Banyak orang datang melamar
Hanya abang aku menanti.

14. Petir guruh berselang-selang
Kilat menyambar si dahan jati
Cantik sungguh tuan dipandang
Tidak tertahan asyik di hati.

15. Pasir putih Pasir Linggi
Tempat abang bermain bayang
Adik putih mahligai hati
Di situ tempat abang sayang.

Kumpulan pantun cinta Melayu

16. Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain mata
Kalau tidak dengan sungguhnya.

17. Kalau tuan pergi ke hulu
Petikkan saya bunga seroja
Kalau tuan mati dahulu
Tunggu saya di pintu syurga.

18. Ambil susu di pasar ikan
Susu kambing di Kali Mati
Bukan lesu tak kurang makan
Lesu sebab menahan hati.

19. Ambil puan dari merinda
Pandan di Jawa saya robohkan
Jika tuan membawa adinda
Badan dan nyawa saya serahkan.

20. Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi.

Baca juga: 30 Pantun Cinta buat Gebetan, Cara Nembak Unik Bikin Hati Meleleh, Anti Ditolak

Halaman 2/4
Rekomendasi untuk Anda
Ikuti kami di
KOMENTAR

Berita Terkini

© 2026 TRIBUNnews.com Network,a subsidiary of KG Media.
All Right Reserved