Kumpulan Pantun
37 Pantun Cinta Melayu, Rayuan Klasik yang Manis dan Mengena di Hati
Berikut ini kumpulan pantun cinta Melayu, berisi rayuan manis nan romantis buat pasangan, bisa juga jadi bahan untuk dekati gebetan.
Penulis: Maharani Devitasari | Editor: Cornel Dimas Satrio
21. Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya.
22. Anak lebah main di rawa
Ikan sepat di dalam karang
Rasanya badan tiada bernyawa
Sebelum dapat adinda sayang.
23. Arak-arak kelapa puan
Tak puan kelapa padi
Harap benar hamba ke tuan
Tak Tuan siapa lagi.
24. Kain batik koyak melintang
Tidak boleh dijahit lagi
Bila adik merajuk panjang
Tidaklah boleh dipujuk lagi.
25. Anak cina menjual kesuma
Mari menjual di Pekan Rabu
Makan tak lalu tidur tak lena
Teringat abang sepanjang waktu.
26. Pukul gendang hari Khamis
Bunga Melati dalam raga
Makin dipandang makin manis
Dalam hati menyala cinta.
27. Beribu biji nangku
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Air mata jangan dibuang.
28. Dua tiga kucing berlari
Tidak sama kucing belang
Sudah lama adik mencari
Tidak sama abang seorang.
29. Banyak itik anak itik
Turun ke sawah makan padi
Tengok cantik di pandang cantik
Tambah pula berhati budi.
30. Membeli sirih dari pekan
Mengasah kapak menuju kebun
Hati kasih kepada tuan
Sehari tak nampak rasa setahun.
31. Layang-layang bertali benang
Putus benang berganti tali
Siang malam duduk mengenang
Orang dikenang jauh sekali.
32. Pergi memancing mendapat toman
Toman lompat ke halaman
Dinda ibarat bunga di taman
Cantik sungguh jadi idaman.
:quality(30):format(webp):focal(0.5x0.5:0.5x0.5)/kaltara/foto/bank/originals/Ilustrasi-kumpulan-pantun-10.jpg)